Ziyad tekad laku kejutan di Tokyo 2020

Gaya HidupZiyad tekad laku kejutan di Tokyo 2020

JAGUH lontar peluru F20 negara Muhammad Ziyad Zolkefli, bertekad mahu memecahkan rekod peribadi serta rekod dunia yang juga miliknya, pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti.

Muhammad Ziyad berkata, dengan catatan lontaran emas 17.29 meter yang dipegangnya ketika ini, dia mengimpikan dan mahu menjarakkan lagi rekod dunia itu, sehingga sampai tiada siapa dapat mengejar rekod tersebut.

“Apabila sampai ke Tokyo nanti, saya ingin fokus dan buat sebaik mungkin untuk membanggakan negeri (Selangor) dan negara.

“Walaupun kami bukan atlet normal, kami mempunyai tekad yang tersendiri dan akan buat sebaik mungkin untuk capai sesuatu dan meraikan negara,” katanya pada Majlis Perjumpaan dan Sembang Santai Bersama Atlet Selangor yang akan mewakili negara ke Paralimpik Tokyo 2020’.

Sebelum ini, atlet berusia 31 tahun itu menjelaskan tempoh empat bulan ‘berkurung’ di Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengubah prestasinya menjadi lebih baik.

“Sebelum ini, persiapan ke Rio 2016 adalah 100 peratus, tetapi kali ini saya rasa 110 peratus, bermakna lebih ‘power’ untuk ke Tokyo tahun ini.

“Saya bukan terlalu yakin, tetapi ada keyakinan untuk pergi ke Tokyo dengan persediaan sangat baik hasil daripada fokus dan disiplin sepanjang menjalani latihan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kerajaan Selangor telah mengumumkan telah menyediakan perunt]ukan sejumlah RM10,000 setiap seorang kepada dua wira sukan Selangor iaitu Muhammad Ziyad dan Muhammad Hafiz, yang akan beraksi di Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung daripada 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis