Wakil Restoran Nasi Kandar Kudu Nafi Dakwaan Penutupan Kedai

Gaya HidupWakil Restoran Nasi Kandar Kudu Nafi Dakwaan Penutupan Kedai

Sekiranya anda merupakan warga Kuala Lumpur dan peminat nasi kandar pastinya anda cukup tahu dengan Restoran Kudu bin Abdul yang menawarkan nasi kandar hampir separuh abad di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit.

Lauk Ayam sambal bawang dan daging kicap yang enak antara yang menjadi tarikan di restoran ini sehinggakan orang ramai sanggup beratur panjang untuk menjamah di restoran ini.

Menerusi laporan daripada Malaysian Insight, berikutan tempoh pandemik yang panjang serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung, pemilik Nasi Kandar Kudu, Haja Nordin Bashid memaklumkan perniagaan mereka turut terkesan serta tidak tahu sehingga bila perniagaan mereka mampu bertahan.

Keluhan yang dibuat ternyata membuatkan para peminat nasi kandar restoran ini berasa sedih dengan kenyataan yang dibuat serta berharap restoran ikonik ini mampu bertahan untuk tempoh yang lebih panjang.

Untuk pengetahuan, restoran ini mulai dibuka pada tahun 1969 dan menggunakan resipi original dari Pulau Pinang. Restoran ini turut menjadi pilihan pengunjung dalam dan luar negara. Selain itu, Allahyarham P Ramlee antara yang suka menjamah di restoran ini.

Kemas kini: Menerusi mesej terbaru yang kami terima, wakil pemilik Restoran Nasi Kandar Kudu mengesahkan pihak mereka tidak berniat untuk menutup kedai mereka dan laporan yang dikeluarkan Malaysian Insight adalah tidak tepat. Sepanjang PKP berlangsung, Restoran Nasi Kandar Kudu sedia dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 7 petang.

The Vocket

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis