[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

Nasional 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, malam tadi, menyebabkan lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal.

Kejadian kira-kira 8 malam itu bermula dari sebuah rumah dan api merebak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau mangsa cedera dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata, sebaik menerima panggilan jam 8.23 malam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan bot.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, api marak dan operasi memadam kebakaran terus dijalankan.

“Api berjaya dikawal 10.16 malam tadi. Bagaimanapun setakat ini usaha memadam sisa api masih giat dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, tiga pusat penempatan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas.

Katanya, antara PPS yang dibuka terdapat di Sembulan, Likas dan juga Damai.

73 rumah atas air musnah dalam kebakaran
di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya
200 penghuni hilang tempat tinggal.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis