Vaksinasi Trak Bergerak Di PPR, Tapak Pembinaan

BeritaVaksinasi Trak Bergerak Di PPR, Tapak Pembinaan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan projek perintis trak bergerak vaksinasi COVID-19 di beberapa lokaliti penularan wabak di ibu negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata antara yang akan diberi tumpuan ialah kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tapak pembinaan.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, untuk menggunakan trak bagi menjalankan inisiatif berkenaan dalam usaha kerajaan memberikan vaksinasi kepada penduduk di Kuala Lumpur. 

“Trak itu akan digerakkan ke kawasan PPR dan tapak binaan yang akan terus beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis