Vaksinasi Lebih 420,000, Berita Baik Capai Imuniti Kelompok

BeritaVaksinasi Lebih 420,000, Berita Baik Capai Imuniti Kelompok

KLANG – Kadar vaksinasi harian yang melebihi 420,000 dos semalam adalah berita terbaik untuk negara dalam usaha mencapai tahap imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini berita baik kerana ia (kadar vaksinasi harian itu) antara tertinggi di dunia dan kalau kita ikut fasa vaksinasi, saya jangka kita boleh capai untuk hampir semua yang perlu divaksinasi selesai sebelum akhir tahun ini dan nampaknya proses ini berjalan lancar,” katanya kepada media selepas melawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Untuk itu, Perdana Menteri turut mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin untuk membeli mana-mana vaksin yang sedia ada.

“Walaupun kita telah beli lebih tapi lambat sampai. Kalau ada lain yang boleh bekal contohnya Pharmaniaga boleh bekal tambahan dua ke tiga juta dos, kita akan beli. Ini komitmen kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Semalam, jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencecah rekod tertinggi iaitu sebanyak 421,479 dos dengan pemberian dos pertama sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis