Vaksinasi Harian Covid-19 Terus Meningkat

BeritaVaksinasi Harian Covid-19 Terus Meningkat

KUALA LUMPUR – Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 221,706 dos semalam, sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Dalam hantaran akaun Twitter beliau, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian vaksin semalam, 177,876 individu menerima dos pertama manakala 43,830 lagi menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan terbaharu itu, 1,520,583 individu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan 3,810,071 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 5,330,654.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 195,315, diikuti Sarawak (172,644); Johor (149,227); Perak (140,885) dan Kuala Lumpur (137,078).

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang http://www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,637,437 pendaftaran direkodkan setakat semalam. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis