Vaksin Bangladesh Dapat Kelulusan Ujian Terhadap Manusia

BeritaVaksin Bangladesh Dapat Kelulusan Ujian Terhadap Manusia

DHAKA – Vaksin Covid-19 buatan tempatan pertama Bangladesh menerima kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia.

Bangavax, vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC) pada Selasa, lapor Xinhua.

“Kami dapat kebenaran daripada BMRC untuk lakukan ujian kepada 64 peserta dewasa yang sihat,” kata pegawai kanan Globe Biotech, Mohammad Mohiuddin.

Beliau berkata BMRC turut memaklumkan bahawa syarikat itu akan diberi kebenaran untuk vaksin itu digunakan secara meluas jika ujian fasa dua dan fasa tiga menunjukkan keselamatan serta keberkesanan.

Globe Biotech memohon kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia pada 1 Nov dan ujian ke atas monyet mendapati vaksin itu menghasilkan “keputusan memberangsangkan”.

Vaksin itu dilaporkan boleh disimpan pada suhu empat darjah Celsius selama sebulan dan -20 darjah Celsius sehingga enam bulan.- Bernama

Bangavax Vaksin

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis