Usahawan Perlu Tahu Asas Pematuhan Percukaian

BeritaUsahawan Perlu Tahu Asas Pematuhan Percukaian

KUALA LUMPUR – Kepentingan pengetahuan tentang percukaian bagi usahawan yang memulakan perniagaan atau menubuhkan syarikat perlu dimulakan sejak dari awal.

Ini termasuk kepatuhan terhadap percukaian merupakan satu perkara asas untuk kemampanan sesebuah perniagaan.

Perolehan atau keuntungan dari melakukan transaksi perniagaan, perdagangan, kerjaya atau golongan professional adalah bertanggungjawab terhadap percukaian diri sendiri atau syarikat yang diuruskan.

Sama ada perniagaan tunggal, bekerja sendiri atau perkongsian adalah tertakluk kepada percukaian.

Oleh itu syarikat atau perniagaan bertanggungjawab membuat perlaksanaan menurut tuntutan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 yang mana syarikat atau perniagaan perlu membuat pengisytiharan terhadap apa jua jualan, pembelian, perbelanjaan dan juga kunci kira-kira termasuk apa juga potongan dan rebat yang akan diberikan.

Selain memberikan penyata menurut syarat-syarat perakaunan percukaian, keperluan menyimpan segala dokumen, rekod perniagaan dan akaun syarikat untuk selama tujuh tahun adalah penting bagi tujuan audit percukaian yang akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Syarikat yang berkredibiliti dan mempunyai tahap professional yang tinggi akan melantik akauntan bertauliah atau agen cukai berlesen bagi penyediaan akaun perniagaan untuk tujuan perancangan percukaian yang lebih efektif.

Ini termasuk menguruskan pemakluman kepada LHDNM jika berlaku sebarang pertukaran maklumat terutama perubahan dalam rakan perkongsian.

Oleh yang demikian, adalah amat wajar bagi syarikat untuk mematuhi segala peraturan seperti notis pembayaran ansuran (CP500) yang perlu dilakukan mengikut jadual perkiraan yang telah ditetapkan oleh LHDNM.

Sealiran dengan teknologi, kesemua ini boleh dilakukan melalui urusan elektronik dengan tersedianya kemudahan e-Filing yang mampu mempercepatkan proses dan urusan percukaian sesebuah perniagaan.

Perkara ‘ilmiah’ sebegini selalu dititik beratkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato Sri Dr Sabin Samitah kepada usahawan agar perkembangan dan perjalanan perniagaan mereka dapat dikawalselia dengan baik.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis