Upacara pengebumian terganggu selepas mayat dibawa secara duduk, bukan dalam keranda

DuniaUpacara pengebumian terganggu selepas mayat dibawa secara duduk, bukan dalam keranda

UPACARA pengebumian seorang lelaki terganggu, selepas mayatnya dibawa dalam keadaan duduk di kerusi, dan bukannya dibaringkan di dalam keranda.

Pekerja pengebumian, Che Lewis, 29, menyekat kemasukan mayat itu ke dalam dewan berikutan ketibaan mayat yang pelik.

Che yang ditembak mati bersama bapanya berusia 54 tahun, Adlay Lewis, melalui proses pengebumian itu, pada 25 November lalu.

Mayatnya dibawa ke gereja dalam keadaannya duduk di kerusi.

Pengebumian yang luar biasa itu berlaku di Port of Spain di Trinidad and Tobago dalam perjalanan ke Gereja St John the Evangelist di bandar Diego Martin.

Bercakap kepada Trinidad Express, pegawai polis, Brent Batson berkata: “Kita kesal dengan tindakan tidak wajar yang dilakukan oleh rumah pengebumian ke atas mayat.

“Membawa seseorang dengan cara yang berbahaya merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuma. Polis akan menjalankan siasatan mengenai tindakan syarikat servis pengebumian itu,” katanya.

Mayat Che akhirnya diletakkan di dalam keranda untuk dikebumikan bersama bapanya. – Daily Star

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis