Untung Tegak Kluster Kayangan Zaman Covid-19

DuniaUntung Tegak Kluster Kayangan Zaman Covid-19

Beruntung jika semua rakyat Malaysia dapat jadi Kluster Kayangan kerana boleh buat sesuka hati tanpa ada rasa perasaan bersalah.

Fatwa Haram rentas sempadan hanya kepada rakyat biasa saja. Golongan elit kayangan kemungkinan dapat yang istimewa agaknya….

PUAN Hajjah Neelofa bukan saja suka-suka ke Nilai atau sengaja langgar larangan merentas negeri.

Puan Neelofa bersama suami dalam misi untuk menilai harga karpet di musim perayaan.

Mana tahu ada pihak mengambil kesempatan, beliau pergi ke Nilai untuk menilai karpet bukan dinilai oleh netizen.

Sementara itu, menteri agama bukan sengaja melanggar SOP dengan menghadiri satu majlis tahnik anak selebriti.

Beliau sekadar singgah ke rumah selebriti yang kebetulan mengadakan majlis tahnik anaknya.

Kebetulan di majlis tahnik selebriti disertai oleh penceramah agama tersohor yang kebetulan di Kuala Lumpur.

Tak percaya?

Takkan menteri agama nak tipu kita, tengok dia pakai jubah dan selipar 24 jam.

Zuhud dan tawaduk, kalau boleh naik unta rasa sudah lama beliau naik unta ke pejabat.

🙄🇲🇾

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis