UMNO Tarik Sokongan Kepada Kerajaan, PM

BeritaUMNO Tarik Sokongan Kepada Kerajaan, PM

KUALA LUMPUR – UMNO mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan secara maya hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga mengambil pendirian untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Menurutnya, ia selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan parti itu mengenai sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.

Katanya, kenyataan terbaharu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengenai usul membahaskan Ordinan Darurat akan dibuat pada sidang Parlimen September ini juga menyerlahkan kekhilafan kerajaan.

“Pendirian ini adalah sejajar perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Surat akuan Ahli Parlimen UMNO yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis