UMNO, Pas teliti perlembagaan Muafakat Nasional

PolitikUMNO, Pas teliti perlembagaan Muafakat Nasional

Draf perlembagaan bagi membentuk Muafakat Nasional (MN) sudah disediakan dan akan disemak oleh UMNO dan Pas dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung MN, Tan Sri Annuar Musa berkata perlembagaan menjadi salah satu syarat penting jika UMNO dan Pas mahu mendaftarkan MN.

“Saya telah mengedarkan salinan draf kepada pemimpin Pas dan UMNO untuk melihat perlembagaan itu sama ada nak dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau dibawa ke jawatankuasa Pas ke dan saya menunggu arahan selanjutnya.

“Perlembagaan ada implikasinya, misalnya MN nak ditadbir oleh siapa, dalam Perikatan Nasional (PN) ada pengerusi, dalam MN kena putuskan mungkin nak pakai konsep majlis syura, nak ada presiden ke tanpa jawatan pengerusi misalnya,” katanya.

Beliau mengulas status pendaftaran MN ketika menghadiri program MyFood@Wilayah di sini, hari ini.

Pada masa sama, lambang MN juga akan dibincangkan dalam pertemuan kedua-dua parti di masa akan datang.

“Saya telah meminta partisipasi daripada masyarakat untuk mencadangkan apa lambang sesuai untuk digunakan MN, kita tunggu mesyuarat akan datang untuk bincang lebih lanjut, sebab ini baru diputuskan, jadi kita tunggu arahan seterusnya.

“Yang pastinya Datuk Mohamad Hasan dan Datuk Takiyuddin Hassan sudah ada salinan draf, mereka mungkin nak bagi pandangan dalam mesyuarat, perkara ini tak boleh sebelah pihak sahaja, kena buat bersama,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis