UMNO Kumpul Maklum Balas Sebelum Putus Kerjasama Politik

BeritaUMNO Kumpul Maklum Balas Sebelum Putus Kerjasama Politik

MELAKA – UMNO sedang mengumpulkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan dan akar umbi bagi mendapatkan maklumat serta pandangan, sebelum memutuskan kerjasama dengan mana-mana parti atau bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung, UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dalam dua mesyuarat iaitu Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Biro Politik UMNO semalam, perkara itu masih dibincangkan selain maklum balas UMNO Melaka dan pusat dengan kertas kerja dan kajian tepat untuk memastikan kemenangan parti itu dalam PRN nanti.

“Kita tidak tahu bila PRN dan tidak boleh mendahului Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pada pandangan kita belum tahu bila ia (kerjasama) diputuskan, dan apabila SPR umum tarikh pilihan raya tentunya kita buat keputusan penting dengan siapa kita mahu bersama dan apa jua bentuk persefahaman politik.

“Masih tiada kepentingan untuk membuat keputusan segera. Kita mahu menang semua kerusi yang UMNO bertanding, tetapi di mana kita bertanding itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) N23 Telok Mas, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di sini pada Jumaat.

TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt dan berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Melaka seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu Isnin ini. – Bernama

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis