UMNO Dijangka Tangguh Pemilihan Parti 2021

PolitikUMNO Dijangka Tangguh Pemilihan Parti 2021

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dijangka menangguhkan pemilihan parti tahun ini sebagai persiapan berhadapan pilihan raya umum yang dijangka selepas tamat darurat pada 1 Ogos nanti.

Menurut sumber, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang. Namun perbincangan dan keputusan mengenai usul tersebut ditangguhkan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan berlangsung akhir Mac nanti.’
Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari sepatutnya diadakan pemilihan baharu. Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.

Pemilihan UMNO perlu diadakan setiap 3 tahun dengan kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh matang kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021.

Jika tiada penangguhan, proses pemilihan perlu dilakukan sebelum Julai 2021.

Manakala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi komitmen untuk membubarkan Dewan Rakyat sebaik perintah Darurat ditamatkan. Bagaimanapun tiada kepastian sama ada darurat ini akan dilanjutkan selepas Ogos atau ditamatkan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

– Sumber Dalaman

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis