UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

BeritaUMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika ini.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pendirian itu sudah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Dalam BN dan UMNO, sudah membuat pendirian dan (perkara itu) diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam.

“Saya sendiri dan rakan dalam Dewan (Rakyat) yang rapat dengan saya, bukan sahaja sokong tetapi senada dengan pendirian yang diumumkan iaitu tetap sokong kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perubatan COVID-19 dari Arab Saudi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis