Tunku Ismail Tawar Diri Kemudi Harimau Malaya

BeritaTunku Ismail Tawar Diri Kemudi Harimau Malaya

JOHOR BAHRU – “Benarkan saya mengemudi pasukan kebangsaan. Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya boleh beri jaminan penambahbaikan.”

Itu kata-kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang ditujukan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Baginda yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata demikian selepas terlebih dahulu membangkitkan persoalan mengenai prestasi hambar pemain kebangsaan.

Tunku Ismail membayangkan baginda akan melakukan perkara sama yang dilaksanakannya di JDT sekiranya diberi tanggungjawab mengemudi Harimau Malaya.

“Mengapa pemain tidak menyerlah dalam pasukan kebangsaan dan menyerlah bermain di kelab. Contoh pemain JDT. Di kelab “All Top”.

“Jawapannya adalah kepimpinan. Contoh selepas 17 piala. Pemain JDT bermain setiap perlawanan seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. Intensiti, disiplin dan fokus.

“Bagaimana? Fakta disebabkan saya. Anda ingin tahu apakah perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses ke atas pasukan. Dari media, wartawan, syarikat dan juga penggunaan media sosial oleh pemain

“Eksklusiviti. Yang akan membolehkan pemain fokus kepada tugas mereka,” kata baginda.

Pasukan kebangsaan mempersembahkan aksi longlai pada Kelayakan Piala Dunia 2022 baru-baru ini.

Harimau Malaya tewas dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 1-4 dan 0-2.

Seterusnya tumbang 0-4 kepada UAE sebelum kalah 0-2 kepada Vietnam pada Jumaat lalu.

Tunku Ismail berkata, baginda juga akan memastikan kriteria pengambilan pemain naturalisasi diperketatkan bagi membolehkan mereka yang terbaik sahaja menyarung jersi Malaysia.

Menurut baginda, hal itu akan dianalisa dan dikawal pasukan teknikal skuad kebangsaan bagi menentukan sama ada pemain naturalisasi yang dicadangkan menepati corak permainan Malaysia.

“Sasaran adalah secara realistik. Selangkah demi selangkah. Setiap langkah yang positif adalah bonus. Jika hasilnya tidak bagus, kita bekerja dengan lebih keras. Saya akan sediakan fasiliti latihan dan jurulatih terbaik,” kata Tunku Ismail.

Mynewshub beberapa hari lalu menulis tentang cubaan mempersalahkan kelab bola sepak JDT disebalik prestasi hambar Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Dunia 2022.

Ia ekoran pengendali skuad Harimau Malaya memanggil majoriti pemain kelab Harimau Selatan menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Mynewshub berpandangan kelab JDT tidak boleh dipersalahkan kerana pengurusan skuad Harimau Malaya dan pengurusan kelab Harimau Selatan adalah dua entiti berbeza.

JDT sebuah kelab bola sepak yang kuat sebagai sebuah pasukan, bukan semata-mata disebabkan kehebatan mana-mana pemainnya.

Pemain JDT pun ada kala kurang ‘perform’ semasa beraksi mewakili kelab, maka perkara yang paling penting adalah tentang pengurusan pasukan dalam menilai dan menyusun strategi.

Artikel penuh Mynewshub berhubung isu tersebut boleh dibaca melalui pautan berikut:

https://www-mynewshub-tv.cdn.ampproject.org/v/s/www.mynewshub.tv/utama-sensasi/jdtkah-yang-salah/amp/?amp_gsa=1&amp_js_v=a6&usqp=mq331AQHKAFQArABIA%3D%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16236813982872&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.mynewshub.tv%2Futama-sensasi%2Fjdtkah-yang-salah%2F

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis