Tunku Azizah Pun ‘Order’ Dari Shopee

BeritaTunku Azizah Pun ‘Order’ Dari Shopee

PETALING JAYA – Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam talian apabila menerima pesanan daripada ‘pembeli’ paling istimewa iaitu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Faizah Rosdi itu tidak menyangka apabila pertama kali menerima pesanan daripada Tunku Azizah sendiri.

Melalui tangkap layar pesanan yang dimuat naik di laman sosial itu, jelas kelihatan nama Tunku Azizah yang beralamat di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tidak tercatat bila tarikh pesanan itu dibuat.

“Semalam nak packing order tak perasan lagi nama dan alamat, elok periksa nama dan alamat terkejut jap. Tak sangka Permaisuri Agong yang order dan guna nama dia sendiri.

“Berdebar pula nak packing, dia order balang kaca je, balang biasa tak ada istimewa mana pun, macam penjual lain jual.

“Alhamdulillah mungkin rezeki saya dapat order dari Tuanku, sangat terharu, excited semua ada. Saya doakan bisnes kalian berjalan dengan lancar dan diperluaskan lagi rezeki,” tulis Faizah pada hantarannya.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata pengguna Facebook memuji tindakan Tunku Azizah yang tidak segan silu membeli-belah secara dalam talian.

“Rilek je Tuanku shopping kat shopee, kita yang marhaen ni beriya nak beli yang mahal,” tulis Nor Atika.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mis Syieda.

“Siapalah rider yang bertuah hantar bungkusan ni,” katanya. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis