Tun Rahah meninggal dunia

NasionalTun Rahah meninggal dunia

Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur hari ini pada usia 87 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Isham Jalil kepada Kosmo! sebentar tadi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddn Shah mencemar duli menziarahi arwah semalam.

Beberapa tokoh negara turut meluangkan masa menziarahi Tun Rahah, antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Najib turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis