Tugas mudah buat Harimau Malaya

Gaya HidupTugas mudah buat Harimau Malaya

Chanathip Songkrasin dikhabarkan bakal disisihkan ekoran kecederaan yang dialaminya.

SELEPAS kehilangan khidmat penjaga gol berpengalaman, Kawin Thamsatchanan, ketua pasukan, Teerasil Dangda dan pemain pertahanan, Theerathon Bunmathan, kem Thailand terus dihantui kecederaan apabila pemain bintang mereka, Chanathip Songkrasin turut menyertai senarai kecederaan.

Pemain lincah yang juga dianggap sebagai perancang skuad bimbingan Akira Nishiro itu mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan dan beliau terpaksa berehat selama dua minggu sekaligus terlepas perlawanan kelayakan.

Baki tiga perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menyaksikan Thailand akan menghadapi Indonesia, UAE dan Malaysia.

Untuk rekod, dalam Kumpulan G,  Thailand ketika menduduki tangga ketiga dengan 8 mata, satu mata dibelakang Malaysia di tangga kedua dan empat mata dibelakang pendahulu iaitu Vietnam.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis