TPM harapkan perjalanan kontinjen Malaysia berjalan lancar

Gaya HidupTPM harapkan perjalanan kontinjen Malaysia berjalan lancar

Ismail Sabri menghadiri majlis Amanat Perdana kepada Kontinjen Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

“KALAU boleh tiada satu pun atlet dijangkiti Covid-19, tapi jika ada kita akan sediakan sebaik mungkin untuk memberi bantuan kepada atlet,” jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengharap perjalanan kontinjen negara sepanjang menyertai temasya tersebut yang akan bermula 23 Julai nanti berjalan lancar.

Tegasnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedia menghulurkan bantuan jika terdapat mana-mana atlet yang beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo didapati positif Covid-19.

“Kita akan berbincang dengan KKM apa yang boleh dilaksanakan. Kalau boleh tiada satu pun atlet dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata demikian mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam  majlis Amanat Perdana kepada Kontinjen Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

Pada perkembangan sama, Ismail memaklumkan doa seluruh rakyat Malaysia turut mengiringi kontinjen negara ke Jepun, sekali gus mengharapkan agar lagu Negaraku dapat berkumandang di bumi matahari terbit itu.

“Saya mempunyai harapan tinggi walaupun tak terlibat secara langsung. Kita di pihak kerajaan telahpun cuba berikan ruang terbaik buat mereka berlatih dengan SOP ketat dalam era pandemik Covid-19 ini.

“Saya harap peluang digunakan sepenuhnya untuk berjuang habis-habisan dan mencapai kejayaan di Tokyo demi memastikan nama negara subur dan harum di persada antarabangsa,” katanya.

Malaysia akan diwakili 30 atlet dalam 27 acara membabitkan 10 jenis sukan bagi Olimpik yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis