Tolak Saman Lucut Hak Berkaitan 1MDB Terhadap Najib

BeritaTolak Saman Lucut Hak Berkaitan 1MDB Terhadap Najib

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman lucut hak berkaitan 1MDB yang difailkan kerajaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa ahli keluarganya.

Saman serupa terhadap beberapa lagi individu dan entiti turut ditolak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pemohon gagal menunjukkan perkaitan antara dakwaan kesalahan dengan barangan yang dirampas daripada sejumlah responden.

Dia berkata, saman lucut hak itu memerlukan pemohon memberikan banyak dokumen dan bukti daripada 1MDB untuk mengukuhkan kesnya terhadap responden.

“Selepas mengambil kira pelbagai afidavit yang difailkan pemohon terhadap dakwaan kesalahan ini, saya mendapati ada jurang besar dalam rentetan peristiwa dan dakwaan.

“Pemohon juga beberapa kali gagal mengenal pasti sumber maklumat mereka. Pemohon membuat kesimpulan berdasarkan bukti yang menurut pandangan saya tidak cukup bagi permohonan ini.

“Penyiasat hanya menunjukkan dakwaan aliran wang keluar masuk akaun responden pertama. Ia tidak memadai.

“Memang ada sejumlah wang yang besar yang masuk dalam akaun responden pertama, yang membangkitkan tanda tanya. Tetapi saya tidak dapat menemui kesalahan berdasarkan syak sahaja,” kata Zaini.

Bagaimanapun, Zaini berkata kegagalan pemohon untuk menunjukkan perkaitan hanya dalam saman lucut hak ini saja, kerana persoalan sama ada kesalahan dilakukan atau tidak masih dalam perbicaraan jenayah yang berasingan.

Ini bermakna mahkamah hari ini menggugurkan kes lucut hak berkaitan 1MDB terhadap Najib, isterinya Rosmah Mansor, anak tirinya Riza Shahriz Abdul Aziz, anaknya Nor Ashman Razak dan Nooryana Najwa.

Pada 8 Mei 2019, Pejabat Peguam Negara memfailkan saman lucut hak terhadap Najib dan 17 individu dan syarikat.

Ia berkaitan rampasan ratusan barangan, termasuk beg tangan mewah dan 27 kenderaan, daripada semua responden terbabit.

Selain keluaga Najib, responden lain adalah Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Jho Low), bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng, peguam Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.

Kee, Tan dan Geh didakwa sebagai sekutu kepada Jho Low, iaitu individu utama dalam skandal 1MDB.

Antara barangan yang dirampas pada 17 Mei dan 11 Jun 2018 adalah 52 beg tangan berjenama, 10 jam tangan dan wang tunai pelbagai mata wang.

Turut dirampas adalah empat jam tengan berjenama, 171 beg tangan mewah dan 27 pasang kasut. Sebanyak 40 beg tangan mewah lagi dirampas pada 11 Jun 2018.

Pada 2 Ogos 2018, 27 buah kereta Nissan Urvan turut dirampas.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Mahkamah Rayuan Ingatkan Najib Tiada Lagi Alasan Kali Ketiga
Naikkan Lah i-Citra Kepada RM10K, Rakyat Memerlukan – Najib

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis