Tok Mat lepas jawatan Presiden PSM

Gaya HidupTok Mat lepas jawatan Presiden PSM

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa tengah malam ini.

Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mengambil mengumumkan perletakan jawatannya itu dalam program Edisi Khas PSM yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena pada Jumaat malam.

“Dengan ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai presiden yang telah sandang 27 Disember 2002 berkuat kuasa pada jam tepat 12 tengah malam ini, 4 jun 2021.

“Saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli gabungan termasuk negeri-negeri yang tidak menyokong saya bermula 2014 kerana mereka juga memberi kerjasama yang baik dan memberi sokongan dalam semua program dan kejohanan yang dilaksakan oleh PSM termasuk STL.

“Masalah saya dengan Astaf (Persekutuan Sepak Takraw Asia) biarkah mahkamah yang menetukan. Kita tak perlu dibincang di sini. Let’s move on,” ujarnya.

Terdahulu, Tok Mat dijatuhkan hukuman penggantungan selama 15 tahun daripada Astaf apabila didakwa menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan salinannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Astaf pada 24 Februari.

Bagaimanapun tindakan Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat mengambil pendekatan berdiam diri terhadap tempoh rayuan 14 hari, selain arahan untuk melunaskan kos perbicaraan ke atasnya yang berjumlah AS$25,000 (RM103,625) diputuskan Astaf sejak 6 Mei tidak dijelaskan, menjadikan tempoh hukuman penggantungannya kini menjadi 17 tahun berbanding 15 tahun sebelum ini.

Manakala PSM didapati bersalah kerana melanggar perjanjian bertulis yang diberikan kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Astaf pada 14 Mac 2008, iaitu: ‘untuk menyokong Istaf dan Astaf dalam mewujudkan dan mengekalkan pentadbiran persekutuan itu yang cekap.’

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis