Tok Gajah berbelanja ikut kemampuan

Gaya HidupTok Gajah berbelanja ikut kemampuan

Kuantan: Perbelanjaan realistik akan dilaksanakan Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, langkah itu dilakukan selepas mengambil kira situasi penularan Covid-19 yang masih belum berakhir.

“Bagaimanapun, skuad Pahang tetap mahukan pulangan yang terbaik daripada barisan kejurulatihan dan pemain.

“Misi pasukan mengharapkan Tok Gajah pada musim depan akan melakar kejayaan membanggakan bersandarkan kepada gandingan pemain import, pengalaman dan muda,” katanya.

Setakat ini, skuad Tok Gajah mengesahkan dua import baharu memperkuatkan jentera serangan dan tengah dengan kehadiran Sergio Aguero dan Lee Tuck.

Dua pemain import itu diharap menjadi senjata utama skuad Tok Gajah di samping diperkuatkan lagi dengan Herold Goulon yang berada di posisi pertahanan.

Bagi mengisi lima kuota pemain import, Pahang mengesahkan dua pemain, masing-masing seorang dari Asia dan Asia Tenggara akan memperkasa skuad itu musim depan.

Antara pemain Asia yang berminat menyarung jersi Pahang musim 2021 ialah dari Korea Selatan, Australia, Palestin, Lubnan dan Jepun.

Manakala pemain dari Asia Tenggara pula antaranya dari Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina, Indonesia dan Singapura yang dijangka akan mengisi posisi serangan dan pertahanan.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis