TMJ Akui Sedang Berfikir Untuk Meninggalkan JDT

BeritaTMJ Akui Sedang Berfikir Untuk Meninggalkan JDT

KUALA LUMPUR : Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui baginda memang sedang mempertimbangkan langkah untuk meninggalkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun belum membuat sebarang keputusan muktamad, namun sama sekali tidak menolak kemungkinan itu.

“Belum confirm, tapi saya penat sedikit,” titah baginda kepada Mynewshub ketika dihubungi malam ini.

Baginda mengulas spekulasi meninggalkan JDT oleh beberapa media siang tadi berikutan dari satu komen yang ditinggalkan baginda di laman Instagram pasukan berkenaan baru-baru ini.

“Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun.

“Ini saya punya last hadiah kepada kelab,” titah Tunku Ismail.

Komen terbabit ditinggalkan pada gambar yang memaparkan rekabentuk berkonsep tiga dimensi (3D) Pusat Latihan JDT yang baharu.

Dalam kemaskini terbabit, JDT memaklumkan pembinaan pusat latihan yang baharu akan dimulakan pada Oktober ini.

Baginda bagaimanapun tidak mengulas lanjut ketika ditanya maksud baginda sudah penat. – MYNEWSHUB

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis