TLDM Sudah Terima Kapal LMS Ketiga Dari China

BeritaTLDM Sudah Terima Kapal LMS Ketiga Dari China

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima kapal misi pesisir (LMS) ketiga yang dibina di China, sejak dua tahun lalu.

TLDM dalam kenyataannya berkata, kapal berkenaan diserahkan dalam satu upacara ringkas di Baiyue International Hotel, Qidong, Nantong City di China pada 14 September lalu.

Upacara itu disempurnakan oleh Penasihat Pertahanan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di China, Laksamana Pertama Zahid Abd Aziz yang mewakili Kerajaan Malaysia bagi menandatangani sijil penyerahan fizikal.

“LMS ketiga itu mula dibina pada 18 September 2019 dan dilancarkan ke permukaan air di Wuhan pada 28 Oktober tahun lalu oleh Pasukan Projek LMS TLDM.

“Seterusnya kapal itu berjaya menjalani ujian semasa fasa pelabuhan dan di laut,” katanya.

Menurut TLDM, Jawatankuasa Penerimaan Akhir (JKPA) LMS ketiga dianggotai tiga wakil kerajaan diketuai Zahid sebelum ini sudah melaksanakan pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan mengikuti pelayaran demonstrasi keupayaan kapal.

Katanya, LMS adalah sebuah daripada lima kelas kapal di dalam Program Transformasi Armada 15to5 TLDM.

“Kontrak perolehan empat LMS itu dimeterai antara Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

“Projek perolehan ini adalah aset pertahanan kapital yang pertama daripada negara China,” katanya.

Menurut kenyataan itu, LMS keempat pula dijadual diserahkan pada Disember tahun ini. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis