Tiket final Piala Malaysia 2021 hanya 20,000 untuk penyokong

Gaya HidupTiket final Piala Malaysia 2021 hanya 20,000 untuk penyokong

Oleh: JJFIRDAUS

BAHANG perlawanan akhir TM Piala Malaysia yang dijadualkan pada 30 November nanti kini semakin terasa selepas tamat aksi separuh akhir pertama pada Isnin.

Keempat-empat pasukan yang bertanding, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City masih berpeluang untuk layak ke final berprestij ini yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Final Piala Malaysia seringkali menyaksikan stadium akan dibanjiri puluhan ribu penyokong dalam aksi terakhir musim Liga Malaysia tetapi kali ini situasi final mungkin sedikit berbeza.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL) Stuart Ramalinggam kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya membenarkan 20,000 penyokong sahaja untuk final TM Piala Malaysia kali ini.

“Ianya satu angka yang sedikit jika dibandingkan dengan kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu memuatkan lebih 85,000 penyokong pada satu-satu masa.

“SOP akibat pandemik Covid-19 ini dilihat sangat memberi kesan kepada kemeriahan perlawanan akhir Piala Malaysia namun ianya perlu dipatuhi oleh semua penyokong pasukan yang layak ke final,” katanya.

Stuart turut menegaskan bahawa aktiviti makan dan minum di dalam stadium oleh pihak berwajib masih dikekalkan untuk aksi final kali ini.

Sekatan keatas kapasiti ini pasti akan memberikan kesan kepada para penyokong berkeluarga kerana kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Ini semua selaras dengan pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara.

Perlawanan akhir sempena ulang tahun seabad Piala Malaysia ini juga buat pertama kali akan dilangsungkan pada hari Selasa dan bukannya pada Ahad seperti kebiasaan.

Dengan hanya 20,000 tiket yang diperuntukan kepada kedua-dua pasukan, diharap semua tiket dapat dijual kepada penyokong dan bukannya menjadi jualan di pasaran gelap.

Selain itu, MFL turut mengumumkan harga tiket perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November 2021 (Selasa) ini.

Senarai harga tiket perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 mengikut empat tier bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium General Admission (RM80) serta Premium Grandstand (RM150).

“MFL telah menetapkan harga tiket bagi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 adalah sama seperti harga tiket pada 2019.

“Meskipun MFL terpaksa menanggung peningkatan kos penganjuran tahun ini dan tiket hanya diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat duduk, MFL masih mengekalkan harga tiket walaupun dengan jualan kuantiti tiket yang agak terhad.”

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis