Tiada Lagi Permohonan Tukar Kedudukan

BeritaTiada Lagi Permohonan Tukar Kedudukan

KUALA LUMPUR – Tiada lagi permohonan diterima dari Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang memohon untuk menukar kedudukan blok di Dewan Rakyat, setakat pagi ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang memohon pertukaran itu menerusi satu surat pemberitahuan kepada Speaker Dewan Rakyat kelmarin, dengan kedudukannya kini sudah pun diubah ke blok Bebas.

“Kita hanya menerima satu permohonan dari Ahli Parlimen Gua Musang untuk masuk ke blok Bebas dan kedudukannya (yang baharu) sudah ditetapkan, iaitu di belah belakang,” katanya ketika ditemui di Bilik Media di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, kedudukan vateran UMNO itu juga sudah diubah berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Rashid menerima kunjungan daripada syarikat Obor International Sdn Bhd yang menyumbang pelitup muka khas kepada semua Ahli Parlimen serta petugas media yang membuat liputan sepanjang sidang khas Dewan Rakyat kali ini.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut memaklumkan menerima permintaan Tengku Razaleigh dan sudah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya.

Dalam surat kepada Azhar itu, Tengku Razaleigh memaklumkan pertukaran kedudukan selepas tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh menggunakan nama kerajaan PN. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis