Tersentuh Jiwa Tengok PM Tolak Kerusi Roda Bekas Bos

BeritaTersentuh Jiwa Tengok PM Tolak Kerusi Roda Bekas Bos

KUALA LUMPUR – Meskipun sibuk dengan tugas sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mencuri masa bertemu dan menyantuni bekas Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan yang juga mentornya, Tan Sri Sabbaruddin Chik.
Malah, detik pertemuan hampir dua jam itu lebih menyentuh jiwa apabila Perdana Menteri sendiri membantu menolak kerusi roda Sabbaruddin ke kenderaannya selepas selesai sesi perbincangan dan makan malam.

Beberapa keping foto yang menunjukkan kemesraan antara Perdana Menteri yang juga ‘anak murid’ kepada Sabbaruddin dikongsi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Anuar Yunus di Facebook.

Anuar berkata, sikap Ismail Sabri yang merendah diri itu adalah detik cukup indah yang menunjukkan bagaimana seorang anak murid yang kini bergelar Perdana Menteri mengenang budi dan jasa bekas ketuanya.

Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Sabbaruddin Chik

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis