Terbuka Austria: Final beregu campuran sudah dalam genggaman

Gaya HidupTerbuka Austria: Final beregu campuran sudah dalam genggaman

MALAYSIA sudah memiliki satu tiket ke final acara beregu campuran badminton Terbuka Austria selepas dua pasangan negara akan bertembung sesama sendiri di separuh akhir esok.

Gandingan Choong Hon Jian-Toh Ee Wei akan membuat perhitungan dengan Beh Chun Meng-Cheng Su Hui untuk perebutan tiket itu selepas masing-masing melepasi halangan suku akhir mereka malam ini waktu Malaysia.

Hon Jian-Ee Wei hanya mengambil masa 22 minit untuk meleburkan cabaran Miha Ivanic-Nika Arih dari Slovenia untuk menang 21-7, 21-12.

Chun Meng-Su Hui pula terpaksa berhempas pulas sebelum menang ke atas gandingan Denmark, Mads Vestergaard-Natasja Anthonisen 21-18, 22-20 dalam masa 32 minit.

Bagi Hon Jian-Ee Wei, mereka kini hanya selangkah daripada layak ke final ketiga dalam tiga kejohanan yang disertai sejak digandingkan pada pertengahan Februari lalu.

Sebagai rekod, mereka muncul juara di Terbuka Poland pada Mac lepas dan turut menjuarai Kejohanan Antarabangsa Slovenia, minggu lalu.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis