Tempoh 48 Jam Diberikan UMNO Bertentangan Undang-Undang

BeritaTempoh 48 Jam Diberikan UMNO Bertentangan Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Tempoh 48 jam diberikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Ahli Parlimen parti itu untuk menentukan sokongan, disifatkan bertentangan undang-undang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan sama ada menjawab surat diberikan itu atau sebaliknya.

“Surat SUA (Setiausaha Agung) UMNO yang beri tempoh 48 jam sahaja, ia dilihat bertentangan dengan perundangan dan kita akan melihat perkara ini akan akan buat keputusan sama ada kena jawab atau tidak, kita akan jawab bincang nanti.

“Dalam masa sama, oleh kerana arahan Presiden (UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) membabitkan kami Ahli Parlimen, kami desak Presiden jumpa kami supaya dapat dijelaskan hasrat beliau kepada kami.

“Tak boleh keluarkan arahan tiba tiba, tanpa berjumpa dan menjelaskan kepada kami,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai surat dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO yang memberi tempoh 48 jam kepada Ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan mereka.

Ditanya adakah beliau dan Ahli Parlimen UMNO lain sedia berdepan tindakan disiplin kerana melanggar arahan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan kerana tidak mahu melihat UMNO sebagai parti bermasalah.

“Itu saya kata (tindakan displin) saya akan baca surat tu. Saya belum terima lagi. Mungkin melalui pegawai saya. Tak sempat buka ‘Whatsapp group’.

“Yang penting pendirian kita. Soal parti biar kita (bercakap) dalam sesi yang lain,” katanya. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis