Tayangan ‘Fearless: Rise of the Southern Tigers’ 11 September ini

Gaya HidupTayangan ‘Fearless: Rise of the Southern Tigers’ 11 September ini

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati mengumumkan bahawa syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan ‘Fearless: Rise of the Southern Tigers’ di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

“Saya gembira kini lebih banyak tempat di Asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” jelas pemilik JDT  Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim,

Lynn Ng, Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc berkata: “Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik. Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini.”

Fearless: Rise of the Southern Tigers’ mengisahkan cerita di belakang tabir bagaimana JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor sejak  Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.

Antara kisah yang diceritakan dalam siri ini adalah mengenai visi  Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepaknya, bagaimana telitinya Tunku Mahkota Johor ini dalam setiap segi, bagaimana kelab ini berkembang sedikit demi sedikit, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, para penyokong Bangsa Johor yang setia dan banyak lagi.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menceritakan pengalamannya dan berkongsi mengenai semangat Tunku Ismail.

Siri ini juga memaparkan temubual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, jurulatih-jurulatih Akademi JDT, pemain, penyokong dan beberapa individu di JDT. Krew kamera juga mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing.

Tayangan perdana ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers‘ akan disiarkan pada 11 September jam 9 malam (waktu Malaysia) di saluran Discovery Asia di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis