‘Tangguh FFM31, duit dana guna bantu penggiat seni terkesan’ – Afdlin

Gaya Hidup‘Tangguh FFM31, duit dana guna bantu penggiat seni terkesan’ – Afdlin

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki, 50, menghargai inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menganjurkan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), namun membantah ia dilangsungkan pada Oktober depan.

Afdlin berkata, beliau sendiri tidak tergamak melihat penganjuran itu perlu diteruskan apa lagi ketika kesusahan semakin menghimpit rakyat selain, situasi wabak Covid-19 di Malaysia masih teruk.

“Kami anak-anak seni sangat berterima kasih kepada Finas untuk menganjurkan FFM31 dan menghargainya. Namun, kami merasa sekarang bukan masa sesuai untuk ia dianjurkan.

“Kalau ditangguhkan ke tahun depan atau apabila keadaan (pandemik) sudah baik, itulah yang sebaiknya. Pada ketika itu bolehlah kita meraikannya sesama sendiri.

“Inisiatif kerajaan dan Finas itu bagus, cuma kami rasa kena buat satu pendirian untuk menunjukkan keprihatinan bahawa ketika ini bukan masa sesuai. Anak-anak seni juga sekarang berada dalam kesusahan, sebagaimana rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Afdlin juga berkata, menangguhkan acara sebegitu pun bukan perkara asing dalam industri. Beliau sebaliknya, menyarankan dana penganjuran itu digunakan untuk membantu penggiat seni yang terkesan.

“Sebelum ini pun sudah beberapa tahun tiada festival filem. Apalah sangat jika setahun saja, kita lewatkan sedikit.

“Guna pakai wang beberapa juta ringgit yang sepatutnya ditetapkan untuk festival filem itu membantu ramai rakyat ketika ini. Terutamanya, kepada anak-anak seni kerana kami pun dalam golongan tiada kerja, tiada gaji,” katanya.

Terdahulu, Afdlin menerusi perkongsian di Instagram memuat naik hantaran mengenai bantahan penganjuran FFM31. Dia meminta rakan artis lain turut menunjukkan keprihatinan sewaktu musibah pandemik ini dengan menyokong bantahan itu.

Harian Metro

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis