Tambahan RM1.1 Bilion Dana Mikrokredit

BeritaTambahan RM1.1 Bilion Dana Mikrokredit

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana pembiayaan mikrokredit akan ditambah sehingga RM1.1 bilion untuk dimanfaatkan oleh golongan sasar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan RM3 bilion dana mikrokredit sepanjang tahun ini bagi membantu usahawan mikro.

“Pembiayaan mudah ini akan disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional, masing-masing berjumlah RM500 juta dan TEKUN sebanyak RM100 juta.

“Institusi koperasi turut disokong melalui peruntukan RM20 juta bagi program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

“Ini bagi membolehkan usahawan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi termasuk memasarkan produk melalui platform dalam talian,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis