Tambah Had Siling Pembiayaan Skim Jaminan

BeritaTambah Had Siling Pembiayaan Skim Jaminan

KUALA LUMPUR – Kerajaan meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) sebanyak RM20 bilion. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata secara keseluruhannya, sebanyak RM56.5 bilion diperuntukkan bagi menyokong sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mendapat kemudahan pembiayaan dan bangkit semula dalam fasa pemulihan. 

“Sebagai langkah berterusan untuk membantu sektor PKS kekal relevan dan berdaya saing, SJPP meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan sebanyak RM10 bilion bagi tahun ini kepada RM36.5 bilion. 

“Sehingga 24 Jun lalu, SJPP memberi jaminan bagi pembiayaan bernilai RM33.4 bilion kepada lebih 45,000 syarikat PKS,” katanya dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis