Sultan Johor Terima Menghadap Ismail Sabri

BeritaSultan Johor Terima Menghadap Ismail Sabri

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, di sini, pagi tadi.

Sultan Ibrahim dalam muat naik di akaun Facebook rasmi baginda bertitah, pertemuan berkenaan berlangsung selama kira-kira sejam.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira 10.45 pagi dan pertemuan bersama Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam.

Difahamkan Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, petang ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis