Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar

BeritaSultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencadangkan kerajaan melaksanakan sekatan penuh bersasar bagi negeri bersempadan.

Sultan Ibrahim dalam muat naik di akaun Facebook rasmi baginda hari ini bertitah, langkah itu bagi menangani jumlah kes COVID-19 yang semakin membimbangkan, tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Saya mencadangkan ‘lockdown’ penuh secara bersasar mengikut negeri ataupun rantau.

“Contohnya, zon selatan. Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ‘full lockdown’ selama dua minggu. Diikuti zon lain seperti di pantai timur (Pahang, Terengganu, Kelantan). Negeri yang tidak ‘lockdown’ boleh meneruskan kegiatan ekonomi di bawah peraturan PKP kawasan masing-masing.

“Dengan ini, kita dapat menangani bilangan kes tanpa menutup kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya,” titah baginda. 

Sultan Ibrahim berharap saranan baginda akan dipertimbang oleh kerajaan negeri dan Persekutuan. 

“Sudah tidak terkata lagi kebimbangan dan ketakutan tentang situasi COVID-19 di negara kita. 

“Saya mencadangkan perkara ini atas keprihatinan kepada nasib yang menimpa negara kita.

“Saya harap ia akan dipertimbangkan sebaiknya oleh kerajaan negeri dan kerajaan Pusat,” titah baginda. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis