Suhaimi tak gentar penyerang JDT

Gaya HidupSuhaimi tak gentar penyerang JDT

Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

PENJAGA gawang Terengganu FC (TFC), Mohd Suhaimi Husin tidak gentar berdepan ancaman rangkaian penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dua pasukan pilihan menjuarai Piala Malaysia musim ini bakal bertemu di peringkat separuh akhir pertama malam esok.

Bakal menjadi pilihan diturunkan selaku kesebelasan utama, Suhaimi menyifatkan dia kini sudah bersedia sepenuhnya untuk aksi getir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

“Saya memang kena hadap semua itu dengan JDT memiliki penyerang import yang bagus. Ketika ini lawan (JDT) juga mempamerkan aksi konsisten dalam saingan Piala Malaysia.

Suhaimi pastinya menjadi taruhan tuan rumah selaku benteng terakhir bagi memastikan gawang tidak dibocori.

“Saya sudah bersedia sepenuhnya dan mengharapkan rakan sepasukan yang diturunkan akan memberikan aksi 100 peratus,” jelasnya ditemui di Padang Latihan C, hari ini.

Rekod pertembungan JDT dan TFC dalam saingan Liga Super tampak seimbang selepas JDT pernah tewas kepada TFC 1-0 (April) hasil jaringan Hakimi Abdullah pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Namun Harimau Selatan membalas dendam dengan kemenangan 1-0 juga pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hasil gol tunggal Shane Lowry (4 September lalu)

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis