Sterling, Kane pastikan kemaraan England

Gaya HidupSterling, Kane pastikan kemaraan England

Kane meledak gol kedua pasukan memastikan kemenangan mutlak 2-0 ke atas Jerman, sebentar tadi.

RAHEEM Sterling dan Harry Kane memastikan perjalanan England di pentas Euro 2020 tidak terkandas apabila masing-masing meledak satu gol membantu kemenangan pasukan ke atas Jerman pada aksi di Stadium Wembley, London, sebentar tadi.

Penyerang Manchester City itu bijak menambar hantaran rakan sepasukan untuk pasukan mendahului 1-0 pada minit ke 75.

Jerman mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-81 tetapi Thomas Muller yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford menyaksikan percubaannya yang tersasar nyata melegakan penyokong England.

England memastikan kemenangan pada minit ke-86 menerusi Harry Kane yang meledak gol pertamanya di kejohanan kali ini untuk membolehkan skuad bimbingan Gareth Southgate beraksi di pentas suku akhir dan menanti pemenang diantara Sweden serta Ukraine yang bakal beraksi sebentar lagi.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis