Spritzer Sumbang Air Mineral

BeritaSpritzer Sumbang Air Mineral

KUALA LUMPUR – Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semula jadi terlaris di Malaysia, kini sekali lagi menyampaikan sumbangan dengan menghantar air botol kepada mangsa banjir kilat di wilayah utara Semenanjung Malaysia yang memerlukan sumber air minuman bersih dan selamat berikutan hujan lebat, baru-baru ini.

Syarikat telah menghantar lebih daripada 30,000 botor air mineral semula jadi kepada mangsa banjir Gurun dan Yan di Kedah dan Alor Pongsu di Perak yang mana kediaman mereka telah rosak akibat banjir, dengan sebilangan penduduk di kawasan terbabit telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Spritzer telah menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir dan petugas penyelamat, terutama di kawasan yang terjejas teruk akibat dilanda banjir kilat, di mana mangsa tidak mempunyai akses kepada air minuman yang penting untuk hidrasi dan bagi memastikan kebersihan diri sepanjang masa.

Spritzer memperolehi sumber air mineral yang kaya dengan silikon daripada persekitaran yang selamat di Taiping, Perak dengan dikeliling oleh hutan hujan tropikal yang berusia lebih daripada 200 juta tahun.

Air mineral yang kaya dengan silikon juga telah didapati bermanfaat untuk kesihatan dan membantu mengurangkan atau melupuskan toksin aluminium di dalam badan.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis