Sidang Parlimen Pada September Keputusan Rasional

BeritaSidang Parlimen Pada September Keputusan Rasional

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menetapkan tarikh persidangan Parlimen mengikut waktu yang dirasakan sesuai oleh beliau.

Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut sifatkan komitmen Muhyiddin untuk mengadakan sidang pada September dan Oktober adalah rasional.

Mengulas lanjut, Azhar sifatkan jangkaan tarikh itu tidak terlalu lewat, selain memadai untuk menghadapi krisis Covid-19.

“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau berhak memanggil sidang mengikut Perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut.

“Antaranya kerana angka Covid-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak Parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya.

Beliau mengulas perutusan khas Perdana Menteri ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara bahawa sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa Ketiga Strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar September atau Oktober ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Muhyiddin menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, setelah kes Covid-19 terkawal dan hampir mencapai imuniti berkelompok. – Astro AWANI

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis