Sidang Cara Maya Tak Boleh, Elok Jadi Kerajaan Alam Maya

BeritaSidang Cara Maya Tak Boleh, Elok Jadi Kerajaan Alam Maya

Dari Facebook Puad Zarkashi

AZHAR kata, sidang Dewan Rakyat secara maya libatkan isu Perlembagaan. Mereka mesti hadir di dewan. Tidak hadir di Dewan maka tidak boleh mengundi.

Apakah di bawah darurat, kerajaan tidak boleh wartakan satu ordinan yang benarkan sidang Parlimen dibuat secara maya?

Sebelum itu boleh pula wartakan ordinan, di mana kerajaan boleh tambah “perbelanjaan” tanpa kelulusan Parlimen.

Menurutnya lagi Perlembagaan sebut, YDP Agung buat pengisytiharan mesyuarat mesti dalam dewan yang fizikal.

Biasanya YDP Agung akan istihar, “bertarikh sekian-sekian, waktu sekian-sekian dan di mana tempatnya” (dewan fizikal). Itu penjelasan Speaker Dewan Rakyat.

Apakah YDP Agung tidak boleh istihar sidang Parlimen kali ini dibuat secara maya?

Kalau secara maya pun tidak boleh, eloklah kerajaan PN perintah di “alam maya”. Tidak perlu pintu pun.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis