Sesi Menghadap Agong Hari Ketiga Selesai

BeritaSesi Menghadap Agong Hari Ketiga Selesai

KUALA LUMPUR – Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk hari ketiga, membabitkan tiga pemimpin politik, selesai.

Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menjadi pemimpin terakhir menghadap hari ini dengan kenderaan yang membawa beliau dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua, pada jam 3.24 petang.

Beliau tidak membuat apa-apa kenyataan kepada kira-kira 30 petugas media yang membuat liputan di hadapan Pintu Dua.

Dua lagi pemimpin yang diberi perkenan menghadap hari ini ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.

Setakat ini, 11 pemimpin politik selesai menghadap Seri Paduka dengan kebanyakan mereka menyuarakan isu berkaitan pandemik COVID-19, keperluan Parlimen bersidang semula dan proklamasi Darurat.

Sesi menghadap disambung pada Isnin ini membabitkan empat pemimpin parti di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diadakan secara maya. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis