Sesi Menghadap Agong Hari Ini Selesai

BeritaSesi Menghadap Agong Hari Ini Selesai

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menjadi pemimpin politik terakhir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover berwarna hitam yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua pada jam 3.10 petang sebelum beredar kira-kira jam 4.20 petang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; dan Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad, selesai menghadap Seri Paduka, hari ini.

Difahamkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong akan bersambung, esok, membabitkan wakil UMNO dan MIC pula.

Seterusnya pada Isnin ini, sesi menghadap Al-Sultan Abdullah membabitkan wakil daripada empat parti bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), dijadualkan berlangsung secara maya. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis