Selangor FC sedia perangkap KL City FC

Gaya HidupSelangor FC sedia perangkap KL City FC

Neitzel akui lawan bakal beraksi dengan tempo berbeza dengan kehadiran pemain baru namun pasukannya sudah bersedia menghadapinya.

SELANGOR FC akan meneruskan pusingan kedua saingan Liga Super 2021 menentang Kuala Lumpur City FC (KLCFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras .

Untuk rekod, perlawanan Derbi Lembah Klang di pusingan pertama Liga Super 2021 pada 13 Mac yang lalu telah berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel, pasukan telah menggunakan rehat panjang tersebut dengan memperbaiki kesilapan dalam perlawanan-perlawanan yang lalu dan tidak menafikan KLCFC merupakan pasukan yang kuat dengan kemasukan beberapa pemain baru mereka.

“Pihak kejurulatihan telah menggunakan tempoh rehat Liga M ini dengan menjalankan latihan berpusat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Pemain-pemain Gergasi Merah telah menyiapkan diri dengan corak permainan dan strategi yang kami ingin gunakan bagi menentang KLCFC hari ini dan saya yakin mereka akan melaksanakannya dengan baik.

“Tidak dinafikan KLCFC yang akan kami berdepan ini mempunyai aura yang baru dengan kemasukan beberapa pemain baharu mereka namun saya yakin kita tidak perlu beri tumpuan berlebihan mengenai perkara itu tetapi tumpu kepada diri dan pasukan sendiri bagi memberikan perlawanan yang baik kepada mereka” tegasnya dipetik melalui Selangorfc.com

Selangor FC terpaksa melupakan khidmat Halim Saari (ACL) dan Shahrel Fikri (kecederaan pergelangan kaki) yang mengalami kecederaan dan tidak akan bersama pasukan sehingga hujung musim ini.

Selain itu, dua tonggak import Gergasi Merah, Safuwan Baharudin (concussion) dan Tim Heubach (kecederaan buku lali) juga tidak dapat diturunkan untuk beberapa minggu lagi kerana masih menjalani program fisioterapi sebelum dibenarkan untuk kembali beraksi.

Namun Karsten Neitzel boleh menarik nafas lega apabila Nik Sharif Haseefy berkemungkinan besar bakal membuat penampilan pertamanya untuk musim ini selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali semasa pramusim awal tahun lalu.

Kedudukan terkini Gergasi Merah dalam carta Liga Super 2021 adalah di tangga ke-5 dengan 19 mata terkumpul hasil dari lima kemenangan, empat seri dan empat kekalahan, manakala KLCFC pula di tempat ke-6 dengan perbezaan 2 mata.

Kemenangan dengan lebih dua jaringan malam nanti bakal menyaksikan Selangor mampu memintas kedudukan Penang FC di tempat ke-4 dengan 22 mata terkumpul.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis