Selamat kembali ke Old Trafford, Ronaldo!

Gaya HidupSelamat kembali ke Old Trafford, Ronaldo!

Ronaldo disahkan kembali ke United.

CRISTIANO Ronaldo sah kembali ke Manchester United dengan kontrak dua tahun.

Perpindahan sensasi ini disahkan oleh kelab selepas bintang Portugis ini dirakam mendarat di Lisbon untuk menjalani ujian kesihatan.

Ronaldo memberitahu kepada media: “Anda akan tahu dalam tempoh satu jam,” ketika dia tiba di lapangan terbang.

Welcome 𝗵𝗼𝗺𝗲, @Cristiano 🔴#MUFC | #Ronaldo

— Manchester United (@ManUtd) August 27, 2021

Tidak lama selepas itu United mengesahkannya menerusi laman sosial dan website rasmi memberitahu persetujuan telah dicapai dan Ronaldo bersetuju kembali ke kelab menjelang tarikh akhir jendela perpindahan 31 Ogos ini.

Agen pemain ini, Jorge Mendes mengadakan perbincangan dengan pesaing utama United iaitu Manchester City selepas Ronaldo mahu meninggalkan Juventus.

Ronaldo tiba di Lisbon untuk menjalani ujian kesihatan.

Namun pada Jumaat, pihak Pep Guardiola memaklumkan tidak mahu menandatangani Ronaldo.

Pemain berusia 36 tahun itu kini masih berada di Lisbon. Menurut laporan media Itali, United akan membayar Juventus 21.4 juta paun dan memberi kontrak dua tahun untuk Ronaldo dengan gaji 480,000 paun seminggu (RM2 juta).

Ronaldo pernah menjulang kegemilangan bersama United pada musim 2003-2009 di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis