Selamat Datang Dion Cools !!!

Gaya HidupSelamat Datang Dion Cools !!!

Dion Cools dikaitkan bakal sertai Harimau Malaya.

Oleh : Subkhi Sudarji

SELEPAS beberapa kali mengunci mulut tentang kehadiran pemain kacukan  Malaysia-Belgium, Dion Cools akhirnya hari ini Harimau Malaya memberi bayangan mengenai pemain yang beraksi bersama kelab FC Midtylland.

Berdasarkan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang disiarkan melalui video yang berdurasi 20 saat itu memaklumkan kehadiran pemain ke 26 skuad kebangsaan.

“Sekarang waktu jam 8 pagi di Dubai, nantikan ketibaan pemain ke 26 Harimau Malaya,” jelas Hamidin.

Sebelum ini baik pengurusan skuad kebangsaan mahupun pengendalinya Tan Cheng Hoe enggan mengulas kehadiran pemain berkenaan dan hanya memberikan tumpuan kepada 25 pemain yang dibawa bersama.

“Tumpuan kita ketika ini adalah terhadap 25 pemain yang dibawa,” jawab Cheng Hoe.

Terdahulu, nama pemain yang lahir di Kuching, Sarawak itu diumumkan menerusi laman web rasmi kelab terbabit dengan menyenaraikan Cools antara dilepaskan untuk beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Jun depan.

Menerusi kenyataan rasmi kelab yang beraksi di liga utama Denmark itu menyatakan bahawa Cools antara 16 pemain dipanggil bagi mewakili pasukan negara dalam perlawanan kelayakan ataupun perlawanan persahabatan.

Dion Cools dipanggil kali pertama menyertai skuad kebangsaan sepanjang kariernya dalam bola sepak dan pernah beraksi sebanyak 28 kali untuk skuad belia Belgium.

Berdasarkan rekod, pemain berusia 24 tahun itu pernah beraksi bersama dua kelab di Liga Jupiler PRO iaitu OH Leuven dan Club Brugge selama lima setengah musim sebelum berhijrah ke FC Midtylland.

Pemain yang beraksi di pertahanan kanan bukan sahaja ketika ini beraksi naib juara Liga Denmark namun dia hampir mencatatkan nama sebagai pemain berasal dari Malaysia beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Namun, skuad kendalian Brian Priske itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan yang turut diisi Liverpool, Ajax Amsterdam dan Atalanta.

Jika benar Cools tersenarai bagi memberi impak kepada barisan pertahanan terutama di bahagian kanan yang kini turut akan diisi oleh Matthew Davies dan Rizal Ghazali.

Namun, Cools juga dikatakan boleh mengisi kekosongan di bahagian pertahanan tengah dan kiri berdasarkan kepada kemampuannya ketika ini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis