‘Saya tak perlekeh orang Sarawak’ – Zynakal

Gaya Hidup‘Saya tak perlekeh orang Sarawak’ – Zynakal

Kuala Lumpur: Tindakan penyanyi Zynakal, 22, menulis perkataan ‘UGA UGA’ di ruangan komen Instagram milik rakannya penyanyi Yonnyboii pada 28 Mei lalu menerima kecaman peminat.

Bagaimanapun, perkataan yang membawa maksud goyang di dalam Bahasa Tagalog itu disalah tafsir dan Zynakal dikatakan seolah-olah mempersendakan warga Sarawak.

Komen terbabit dibuat selepas Yonnyboii memuat naik gambar di Instagram ketika dia remaja dan memakai pakaian tradisional etnik Sarawak.

Zynakal berkata, niatnya hanya mahu bergurau mengenai muka Yonnyboii yang juga rakan karibnya dalam industri muzik itu.

“Saya langsung tiada niat untuk mempersendakan budaya mahupun adat penduduk Sarawak khususnya,” katanya.

Penyanyi bernama sebenar Muhammad Raziq Rosli ini berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi dan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Kamek sayang kitak”,” katanya melahirkan kekesalannya.

Isu berkaitan penghinaan budaya menjadi sensitif apabila pasangan Instafamous DurianKimchi iaitu Ryzal dan Maryam bergurau memperlekehkan pakaian tradisional kaum Iban sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak.

Harian Metro

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis