“Saya Setia Kepada Parti” – Shamsul Anuar

Berita“Saya Setia Kepada Parti” – Shamsul Anuar

PUTRAJAYA – Peletakan jawatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dibuat kerana akur dengan keputusan UMNO sebelum ini.

Shamsul Anuar yang ditemui di luar pejabatnya di Wisma Sumber Asli, di sini, berkata ia berikutan beliau adalah seorang ahli parti yang setia.

“Saya ahli parti yang setia. Saya datang hanya untuk mengucapkan terima kasih 

“Peletakan (jawatan) saya ekoran keputusan parti. Saya patuh dan akur kepada parti,” katanya kepada pemberita.

Shamsul Anuar berkata, beliau akan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun tidak menyatakan bila ia akan dihantar.

Ditanya adakah surat itu juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, beliau akan mengikut saluran yang ada.

Selain itu, Shamsul Anuar juga berharap sebarang dasar yang terbaik yang dibuat sepanjang kira-kira setahun lima bulan memegang jawatan menteri akan diteruskan, tetapi bergantung kepada penggantinya. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis