“Saya minta maaf atas kenyataan kurang cerdik” – Faizal Azumu

Gaya Hidup“Saya minta maaf atas kenyataan kurang cerdik” – Faizal Azumu

Faizal tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media pertama, Isnin.

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, membuat permohonan maaf terbuka kepada semua pihak yang terguris dengan kenyataannya yang tular dalam satu rakaman pada Ahad.

Rata-rata peminat bola sepak tempatan terkejut dengan kenyataan yang dibuat dalam satu rakaman berkaitan dengan penambahan pasukan Liga Super dan sedia mengadakan rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaras dengan saranan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Ia secara tidak langsung bercanggah dengan larangan campur tangan kerajaan yang ditetapkan badan induk dunia itu terhadap MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Memetik laporan Stadium Astro, bekas presiden Perak FC itu dikaitkan berusaha menyelamatkan pasukan utara berkenaan agar tidak terjerumus ke Liga Perdana ekoran menduduki tangga kedua tercorot saingan elit tersebut.

“Saya faham ia merupakan satu kekhilafan, kesilapan atau kurang cerdiknya saya atas kenyataan itu.

“Terima kasih atas soalan ini dan saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada dua orang, (iaitu) Datuk Hamidin (Amin, presiden FAM) dan Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung MFL kerana ada menyebut nama mereka dalam video yang tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Tambah pasukan LS: FAM nafi pernah bincang dengan Faizal

“Saya faham bahawa perkara itu tidak seharusnya disebut oleh saya. Atas kesilapan itu, ia telah mengakibatkan perdebatan di sosial media yang begitu hangat.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan tersebut dan Alhamdulillah saya belajar saya daripada kesilapan itu sebelum masuk pejabat,” katanya.

Ahmad Faizal melakukan kunjungan rasminya ke bangunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya, hari ini sebaik selesai majlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis