Sarung tangan petinju Rocky dilelong

Gaya HidupSarung tangan petinju Rocky dilelong

Los Angeles: Sarung tangan tinju ikonik milik pelakon legenda Sylvester Stallone, 75, bakal dilelong pada harga setinggi RM83,500 di acara Julian’s Auctions pada 5 Disember ini.

Sarung tangan yang pernah dipakai dalam filem Rocky itu adalah antara koleksi kesayangan Stallone dan akhirnya dilepaskan pelakon terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Julien’s Auctions, Darren Julien berkata, sarung tangan itu antara yang dilelong daripada lebih 500 barangan lain pada acara berkenaan.

“Sylvester Stallone adalah satu daripada ikon terhebat dan bakatnya luar biasa dalam era abad ke-20 dan ke-21. Dia menjadi lambang bintang Hollywood yang paling berpengaruh.

“Julien’s Auctions sangat berbangga dapat menganjurkan acara lelong yang cukup epik ini. Semua barangan datang sepenuhnya daripada nama legenda ini,” katanya.

Selain itu, beberapa barangan Stallone termasuk prop filem, kostum, skrip asal dan lain-lain juga akan dilelong.

Ia merangkumi barangannya yang digunakan dalam siri filem Rambo, Cliffhanger, Demolition Man, The Specialist, Judge Dredd, Assassins, Escape Plan, Cop Land dan The Expendables.

Harian Metro

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis